Thursday, 11 January 2018

DARI KLINIK TERUS KE PAKAR

9/1/18 - Nasihat nurse pergi je KK Batu Pahat cek.

10/1/18 - KK Batu Pahat
Pagi-pagi jam 7.30 da sampai klinik. Alhamdulillah cepat jugak dapat jumpa doktor. Lepas cerita abes. Doktor scan lagi. Sama jugak takde ape ape dalam rahim. Suspect ectopic pregnancy jugak. Bagi borang suruh pergi makmal n urine. Dapat borang result positive. Means. Pregnant lah. Doktor call specialist hospital. Specialist suruh segera ke pakar 5 hospital. Doktor buat Surat refer segera pakar 5, kemungkinan ectopic pregnancy. 

Sampai hospital, daftar terus pergi pakar 5. Specialist scan atas kosong. Scan bawah sampai dalam dalam . Langsung takde kecuali bengkak ovary . Doktor buat satu borang untuk bawa ke dewan bersalin kalau tiba-tiba sakit kuat dan pendarahan serius. Lepastu pergi ambil darah untuk Beta hcg. Balik rumah. Next appointment 14/1/18 ambil darah beta HCG n repeat scan. Sampai rumah tengahari rehat.

Waktu Maghrib buang air kecil. Keluar darah sikit warna coklat. Wasap nurse JM, wasap doktor (member skola dulu). Lepastu  call dewan bersalin untuk tanya sebab tak pasti. Diorang suruh datang je. Ikut nurse JM yang saya wasap tu. Dia suruh pergi kecemasan takut pecah dalam. Terus bersiap pergi je hospital. Ramai yang bersalin, ada kes pulak. Lambat la dapat jumpa doktor..tapi tenang je. Faham hehe.

Dalam jam 11.00 malam macamtu baru dapat jumpa doktor. Kali ni, TVS lagi lama dan lebih detail untuk confirmkan location baby. Tak dapat jawapan jugak. Check dengan speculum nak tengok pintu rahim, kot kalau jumpa daging terus tarik. Takda jugak. Masih lagi jadi tanda tanya. Dengar doktor cakap bukan Ectopic pulak tapi pregnancy unknown location cuma boleh jadi jugak luar rahim dan EPAU.

Jam 12.05 am, Selesai prosedur, buang air kecil. Bilas ngan air. Lap, bleeding lagi. Jumpa doktor semula. Ambil peluang Tanya doktor pulak, "Doktor, maaf nak tanya. Tadi masa doktor TVS saya, ada darah tak. Masa check guna speculum tu ada darah tak" Doktor jawab takde pastu tanye Kenape. Saye jawabla, "Tadi masa lap ada kat tisu tapi xbanyak macam sikit sikit je" Doktor pun cakap "Ok macamni, bacaan HCG awak jam 10 pagi tadi, 195. Bermakna awak memang mengandung. Cuma, dia kategori pregnancy unknown location. Boleh jadi ectopic kita taktau. 12/1/18 datang balik pagi ambik darah, kita beta HCG awak lagi untuk 48 jam dan scan jugak. Appointment 14/1/18 tu kita hold dulu. Ape ape pun tunggu result yang 12/1/18. Tapi sekiranya tiba tiba puan sakit yang kuat sangat, atau pendarahan yang teruk . Kuantiti dia penuh satu pad selang 10 minit tukar pad, penuh jugak pad tu. Datang terus ke dewan bersalin. Baik doktor huhu

No comments:

Post a Comment