Friday, 12 January 2018

Complete Miscarriage

Terjaga dalam kul 3 pagi. Sebab rasa macam darah makin keluar pulak. Cuci salin pad. Tido balik. Kul 5 pagi terbangun sebab macam makin banyak pulak rasa keluar. Tengok pad tak penuh pun tapi banyak dari smalam la. Perut tak sakit cuma rasa tak selesa je. Tapi hati memang tak sedap. Kejut suami. Tak bangun. Kejut lagi cakap da makin banyak darah, bangun tapi tido balik. Takpelah. Kejut anak dulu. Suruh pack baju ngan beg skolah siap siap. Masa ni da jam 5.30 pagi. Mandi terus lah. Pastu solat la sebab kita belum tau status lagi kan. Hati aku ni sebenarnya da bercampur baur, sedih ada confuse ada tapi aku istighfar je sebab nak tenang je. Aku nak tenang je huhu. Suami terbangun. Pandai pandailah dia. Malas nak cakap sebab entah. Sekarang malas nak cakap banyak banyak. 

"Sekarang senang je aku ni. Rasa penting. Buat segera. Rasa tak penting, aku boleh je gerak sendiri. Insya' Allah. "

Aku selesai solat tengok anak aku da siap bukak baju nak mandi. Eh tekejut aku. Maira, maira g pakai baju tido balik maira. Dia cakap papa yang suruh. Aku frust lagi. Aku cakap "kita ni dari tadi bersiap siap da bagitau darah makin banyak, dia boleh bangun bangun suruh anak mandi. Bukannya skolah pun hari ni. Subuh lagi ni" 

"Ya Allah ampunkanlah dosa aku ni. "

Da siap semua hantar anak sulong ke rumah ibu dulu. Masa tu macam nak terbuang air. Tapi entah. Berbelah bagi. Take time dalam kereta tu. Last last memang rasa nak terbuang, so tumpang toilet adik. Tunggu tunggu tak buang buang. Darah banyak jugak keluar tengok kat mangkuk toilet huhu. Tiba tiba buang air kecik "PLUP" macam benda keluar terus sambut. Eh. Macam daging dalam kantung. Besar jugak. Telefon semua dalam kereta..pad dalam kereta. Kalau aku jadi suami aku, mesti rasa risau kan apesal lama sangat bini aku ni. Aku terjerit jerit dalam bilik air suruh amek pad semua tak dengar. Dugaan. Anak aku terkebil kebil tak faham..kesian dia kena marah. Aku suruh dia panggil papa punyalah lama. Agaknya dia panggil tapi suami tanya nak apa. Aku tak taula nak marah ke ape ke. 

Aku tak tau kenapelah suami aku ni macamni. Aku tak faham. Kita memang ada masalah tapi aku bagi peluang. Tapi tengoklah. Biasa suami risau tau tak isteri mengandung pendarahan macamni. Tak keruan. Dia jenis tak macamtu. Aku tak tau ape die fikir. Anak aku masuk bilik bagi pad. Aku letak kantung baby dalam pad. Aku tukar pad lain. Selesai, masuk kereta, laki aku tanya mana bag mana bag. Tadi dia bagi bag kat maira kata nak bag. Aku cakap aku tak tau. Aku suruh ambilkan pad dalam bag aku. Dia tak faham aku suruh panggil ko. Eh dia nak melenting pulak cakap tadi bagi bag skali. Aku mane tau aku berurusan dalam toilet sorang sorang kot. Ko pun tak tolong. Eh eh. Da jadi macamni patut ko la masuk dalam pergi amek bag. Aku tau alasan dia mesti nak cakap sapa nak jaga Luth dalam kereta. Padahal dia boleh je dokong sekejap ke panggil adik aku ke dalam rumah tu. Dah malas nak fikir banyak². 

Sampai hospital, nurse suruh terus masuk dalam. Bagi bungkusan tu. Doktor cek pintu rahim. Scan rahim (TVS), last cek pakai jari vaginal cyst Besar telur ayam. Baik sangat doktor dengan nurse Pakar 5 Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat ni. Doktor tu duduk sebelah lepas cek tu, baik sangat. Aku rasa selesa sangat. Setiap kali prosedur ingatkan aku untuk selawat. Abes prosedur dia cakap baik baik. "Puan. Ini bukan ectopic. Ectopic takkan complete miscarriage macamni" Aku rasa tenang, ya doktor saya tau. =') 

Siap semua dokumen. Dapat MC n balik. Pakar dan nurse suruh jaga pemakanan. Kerja kerja berat nanti dulu. Walaupun complete miscarriage, tapi rahim puan berlaku proses kehamilan. Jadi kena jaga. Makanan sejuk sejuk tu nanti dulu. Oh okayla. Selesai. Aku bersyukur kerana Allah permudahkan. Aku tak rasa sakit macam yang aku pernah baca sebelum ni. Dan aku gembira, aku mengandung dalam rahim. 

"Rindu sangat baby. Kantung tu comel sangat. Rupanya saiz besar akan mengecut sebab keluar dalam kantung. "

No comments:

Post a Comment