Saturday, 20 January 2018

HAVE A NICE WORKING DAY, NAZRAH !

HARI NI, HUSBAND HANTAR. KUL 7.19 PAGI DAH SAMPAI OFIS. TERUS KEMAS BERSIHKAN PEJABAT BOS RUTIN HARIAN, LUAR PEJABAT BOS, TANGGA, KORIDOR. EKSAITED KONON MASUK KEJE HAHAH. MEMANG TAK JAGA PANTANG. TAK SEMPAT. MALAS PUN YE JUGAK. LEBIH BUAT AKTIVITI LEBIH SIHAT BADAN. SO TERUSKAN JELAH. HEHEH. APSAL CAPITAL LETTER. LANTAKLAH. MALAS NAK EDIT SEBAB UP POST PAKAI FON JE 😆

Friday, 12 January 2018

Complete Miscarriage

Terjaga dalam kul 3 pagi. Sebab rasa macam darah makin keluar pulak. Cuci salin pad. Tido balik. Kul 5 pagi terbangun sebab macam makin banyak pulak rasa keluar. Tengok pad tak penuh pun tapi banyak dari smalam la. Perut tak sakit cuma rasa tak selesa je. Tapi hati memang tak sedap. Kejut suami. Tak bangun. Kejut lagi cakap da makin banyak darah, bangun tapi tido balik. Takpelah. Kejut anak dulu. Suruh pack baju ngan beg skolah siap siap. Masa ni da jam 5.30 pagi. Mandi terus lah. Pastu solat la sebab kita belum tau status lagi kan. Hati aku ni sebenarnya da bercampur baur, sedih ada confuse ada tapi aku istighfar je sebab nak tenang je. Aku nak tenang je huhu. Suami terbangun. Pandai pandailah dia. Malas nak cakap sebab entah. Sekarang malas nak cakap banyak banyak. 

"Sekarang senang je aku ni. Rasa penting. Buat segera. Rasa tak penting, aku boleh je gerak sendiri. Insya' Allah. "

Aku selesai solat tengok anak aku da siap bukak baju nak mandi. Eh tekejut aku. Maira, maira g pakai baju tido balik maira. Dia cakap papa yang suruh. Aku frust lagi. Aku cakap "kita ni dari tadi bersiap siap da bagitau darah makin banyak, dia boleh bangun bangun suruh anak mandi. Bukannya skolah pun hari ni. Subuh lagi ni" 

"Ya Allah ampunkanlah dosa aku ni. "

Da siap semua hantar anak sulong ke rumah ibu dulu. Masa tu macam nak terbuang air. Tapi entah. Berbelah bagi. Take time dalam kereta tu. Last last memang rasa nak terbuang, so tumpang toilet adik. Tunggu tunggu tak buang buang. Darah banyak jugak keluar tengok kat mangkuk toilet huhu. Tiba tiba buang air kecik "PLUP" macam benda keluar terus sambut. Eh. Macam daging dalam kantung. Besar jugak. Telefon semua dalam kereta..pad dalam kereta. Kalau aku jadi suami aku, mesti rasa risau kan apesal lama sangat bini aku ni. Aku terjerit jerit dalam bilik air suruh amek pad semua tak dengar. Dugaan. Anak aku terkebil kebil tak faham..kesian dia kena marah. Aku suruh dia panggil papa punyalah lama. Agaknya dia panggil tapi suami tanya nak apa. Aku tak taula nak marah ke ape ke. 

Aku tak tau kenapelah suami aku ni macamni. Aku tak faham. Kita memang ada masalah tapi aku bagi peluang. Tapi tengoklah. Biasa suami risau tau tak isteri mengandung pendarahan macamni. Tak keruan. Dia jenis tak macamtu. Aku tak tau ape die fikir. Anak aku masuk bilik bagi pad. Aku letak kantung baby dalam pad. Aku tukar pad lain. Selesai, masuk kereta, laki aku tanya mana bag mana bag. Tadi dia bagi bag kat maira kata nak bag. Aku cakap aku tak tau. Aku suruh ambilkan pad dalam bag aku. Dia tak faham aku suruh panggil ko. Eh dia nak melenting pulak cakap tadi bagi bag skali. Aku mane tau aku berurusan dalam toilet sorang sorang kot. Ko pun tak tolong. Eh eh. Da jadi macamni patut ko la masuk dalam pergi amek bag. Aku tau alasan dia mesti nak cakap sapa nak jaga Luth dalam kereta. Padahal dia boleh je dokong sekejap ke panggil adik aku ke dalam rumah tu. Dah malas nak fikir banyak². 

Sampai hospital, nurse suruh terus masuk dalam. Bagi bungkusan tu. Doktor cek pintu rahim. Scan rahim (TVS), last cek pakai jari vaginal cyst Besar telur ayam. Baik sangat doktor dengan nurse Pakar 5 Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat ni. Doktor tu duduk sebelah lepas cek tu, baik sangat. Aku rasa selesa sangat. Setiap kali prosedur ingatkan aku untuk selawat. Abes prosedur dia cakap baik baik. "Puan. Ini bukan ectopic. Ectopic takkan complete miscarriage macamni" Aku rasa tenang, ya doktor saya tau. =') 

Siap semua dokumen. Dapat MC n balik. Pakar dan nurse suruh jaga pemakanan. Kerja kerja berat nanti dulu. Walaupun complete miscarriage, tapi rahim puan berlaku proses kehamilan. Jadi kena jaga. Makanan sejuk sejuk tu nanti dulu. Oh okayla. Selesai. Aku bersyukur kerana Allah permudahkan. Aku tak rasa sakit macam yang aku pernah baca sebelum ni. Dan aku gembira, aku mengandung dalam rahim. 

"Rindu sangat baby. Kantung tu comel sangat. Rupanya saiz besar akan mengecut sebab keluar dalam kantung. "

Thursday, 11 January 2018

Tak sedap Hati - Clearblue Digital

Alang alang tak sedap hati, bukak almari tinggal satu je UPT Clearblue Digital. Habiskan jelah. Test, naik pregnant 2-3 weeks. Maknanya, baby ada develope jugak within two weeks ni. So, aku happy. Walaupun tak sedap hati. Da start bleeding hitam, merah hitam..bleeding tak terus banyak. Bleeding sikit sikit still tak penuh pad. Tapi sebenarnya dah redha ape ape pun. Takde rase sakit. Sama ada dalaman aku menafikan sakit sebab terlalu takut dengan cerita sakit ectopic, terlalu takut dengan sakit keguguran. Mungkin la. Sebab tu aku tak rasa sakit. Aku dah tanya tanya nurse dan doktor (kawan skola lama). Ikut kawan aku, dia suruh pergi je malam ni. Tapi aku sendiri bagi jawapan kat diorang. Yang aku decide pergi esok je memandangkan tak teruk pun bleeding ni. Lagipun esok  da tentu ada appointment pakar 5 kan. Esok jelah. 

Ini upt saye sendiri sebelum post ini ditulis
Nangis huhu

DARI KLINIK TERUS KE PAKAR

9/1/18 - Nasihat nurse pergi je KK Batu Pahat cek.

10/1/18 - KK Batu Pahat
Pagi-pagi jam 7.30 da sampai klinik. Alhamdulillah cepat jugak dapat jumpa doktor. Lepas cerita abes. Doktor scan lagi. Sama jugak takde ape ape dalam rahim. Suspect ectopic pregnancy jugak. Bagi borang suruh pergi makmal n urine. Dapat borang result positive. Means. Pregnant lah. Doktor call specialist hospital. Specialist suruh segera ke pakar 5 hospital. Doktor buat Surat refer segera pakar 5, kemungkinan ectopic pregnancy. 

Sampai hospital, daftar terus pergi pakar 5. Specialist scan atas kosong. Scan bawah sampai dalam dalam . Langsung takde kecuali bengkak ovary . Doktor buat satu borang untuk bawa ke dewan bersalin kalau tiba-tiba sakit kuat dan pendarahan serius. Lepastu pergi ambil darah untuk Beta hcg. Balik rumah. Next appointment 14/1/18 ambil darah beta HCG n repeat scan. Sampai rumah tengahari rehat.

Waktu Maghrib buang air kecil. Keluar darah sikit warna coklat. Wasap nurse JM, wasap doktor (member skola dulu). Lepastu  call dewan bersalin untuk tanya sebab tak pasti. Diorang suruh datang je. Ikut nurse JM yang saya wasap tu. Dia suruh pergi kecemasan takut pecah dalam. Terus bersiap pergi je hospital. Ramai yang bersalin, ada kes pulak. Lambat la dapat jumpa doktor..tapi tenang je. Faham hehe.

Dalam jam 11.00 malam macamtu baru dapat jumpa doktor. Kali ni, TVS lagi lama dan lebih detail untuk confirmkan location baby. Tak dapat jawapan jugak. Check dengan speculum nak tengok pintu rahim, kot kalau jumpa daging terus tarik. Takda jugak. Masih lagi jadi tanda tanya. Dengar doktor cakap bukan Ectopic pulak tapi pregnancy unknown location cuma boleh jadi jugak luar rahim dan EPAU.

Jam 12.05 am, Selesai prosedur, buang air kecil. Bilas ngan air. Lap, bleeding lagi. Jumpa doktor semula. Ambil peluang Tanya doktor pulak, "Doktor, maaf nak tanya. Tadi masa doktor TVS saya, ada darah tak. Masa check guna speculum tu ada darah tak" Doktor jawab takde pastu tanye Kenape. Saye jawabla, "Tadi masa lap ada kat tisu tapi xbanyak macam sikit sikit je" Doktor pun cakap "Ok macamni, bacaan HCG awak jam 10 pagi tadi, 195. Bermakna awak memang mengandung. Cuma, dia kategori pregnancy unknown location. Boleh jadi ectopic kita taktau. 12/1/18 datang balik pagi ambik darah, kita beta HCG awak lagi untuk 48 jam dan scan jugak. Appointment 14/1/18 tu kita hold dulu. Ape ape pun tunggu result yang 12/1/18. Tapi sekiranya tiba tiba puan sakit yang kuat sangat, atau pendarahan yang teruk . Kuantiti dia penuh satu pad selang 10 minit tukar pad, penuh jugak pad tu. Datang terus ke dewan bersalin. Baik doktor huhu

Tuesday, 9 January 2018

Scan Rahim Kosong

Appointment dengan O&G Hospital Pantai Batu Pahat

Scan rahim kosong. Mungkin awal lagi ke persenyawaan lambat ke. Aku senyum je tenang. Next appointment 16/1/2018

Monday, 8 January 2018

LAGI LAGI UPT

KUL 3 PETANG TADI, TEST LAGI. SAJE NAK PANTAU LINE TU. MAKIN BLUR ATAU MAKIN TERANG. SAMPAI LA KALAU MAKIN BLUR DIA JADI SAMPAI NEGATIF. SAYA NAK PANTAU SAMPAI HABIS SEBELUM JUMPA DOKTOR 16/1/18. SEBAB APE APE PUN SAYA NAK STANDBY AWAL. KALAU KITA TAU AWAL, KITA BOLEH PREPARE AWAL DARI SEGI EMOSI TERUTAMANYA HEHEHE. 

MANA TAU JADI APE APE KITA DA BOLEH PERGI HOSP KERAJAAN. GULP! 

Image result for EMOJI RESAH

HASIL CHECK UP

HARI NI, TIBALAH MASA APPOINTMENT DENGAN PAKAR O&G HOSPITAL PANTAI.

SCAN SCAN LANGSUNG TAKDE APE. NASIB BAIK DARI AWAL TAK BERHARAP APE APE SEBAB TAK PLAN PUN KAN. AWAL AWAL KITA DAH BACA SIAP PASAL KEHAMILAN ETOPIK, MOLAR PREGNANCY, BLIGHTED OVUM, SEMUA DA BACA SIAP. SO DA READY KALAU APE APE PUN HEHE, ADA ALHAMDULILLAH, TAKDA INNA LILLAH.

SCAN ATAS LANGSUNG TAKDE APE APE. SO SCAN BAWAH. PUN TAK NAMPAK APE APE LANGSUNG EVEN DINDING RAHIM PUN TAK TEBAL SANGAT. SO NAK KATA NAK PERIOD PUN TAK. DOKTOR SURUH URINE. URINE NAIK DUA FAINT LINE. PAGI TADI DA URINE KT RUMAH HAHA. ADE EFFECT KE TAK KE AKU PUN TAK TAU NAK KATA. DOKTOR TANYA, ADA SAKIT KAT MANA MANA KIRI KANAN BELAKANG TAK. AKU JAWAB TAK. HAIRAN JUGAK NI. ABES SEMUA DOKTOR GODEK. BILA 1ST UPT SEMUA DIA TANYA. CLEAR BLUE TULIS APA MASA TEST. LAST DIA TANYA NAK AMBIL DARAH TAK CEK HCG . AKU JAWAB TAK SEBAB "MAHAL' . HOSPITAL SWASTA HAHA, ABES LARI BAJET KANG, BETTER BUAT KT KLINIK KERAJAAN JE HIHI. AKHIRNYA SEMUA JADI TANDA TANYA. NAK KATA ETOPIK TENGOK MACAM BUKAN ETOPIK. NAK KATA PREGNANT, DINDING PUN TAK TEBAL SANGAT. NAK KATA TAK PREGNANT, UPT POSITIVE. SO BY NEXT WEEK, DOKTOR NAK JUMPA BALIK 16/1/18. KALAU SAKIT KUAT TERUS PERGI HOSPITAL JANGAN TUNGGU TUNGGU, NASIHAT DIA. 

KAMU TAK SEDIH KE. KE DA EXPECT APA APA. AKU JAWAB NTAH HAHA. TAKDE EXPECT APE APE PUN DOKTOR. ADA ADALAH TAKDE TAKDELAH HEHE. CUME AKU TAKUT KALAU ETOPIK , DOKTOR KATA PECAH TIBA TIBA KAT SITU. KALAU BOLEH NAK ELAK DARI BENDA TU BERLAKU. ADUYAI BINGUNG JUGAK AKU NI. LAYAN JELAH. LALUI JE TEMPOH SEMINGGU NI TENGOK CAMNE. HEHE. MASALAHNYE KALAU AKU TAK KERJA TAKPE. AKU KERJA MULTITASK WEYHHHH 

Related image

Wednesday, 3 January 2018

PENGASUH LUTH DEMAM



"PETANG TADI AMBIL LUTH, TENGOH PENGASUH DIA LEMAH SANGAT. DEMAM KATANYA. KESIANNYA HUHU. PUNYA SAYANG DIA DEKAT LUTH, LEMAH MACAM TU JAGA JUGAK HUHU. MALAM NI, PENGASUH DIA MESEJ MINTAK CUTI SATU HARI ESOK. TAKPELAH, BAWAK LUTH KERJA. INSYA' ALLAH."