Monday, 6 August 2018

OFFICIALLY DIVORCED

Alhamdulillah semua selesai dengan baik. Percayalah, tak ada sorang perempuan pun yang nak kahwin cerai sekalipun. Dan kali ni betul betul terkesan. Masa dalam tempoh sebelum sebutan, aku cuba nak bagi peluang, aku bagi dia peluang bercakap dan bagi peluang untuk baiki semula hidup ni. Aku bagi cadangan semua hasil kaunseling bukan pandai pandai. Maaf cakap, sayang tu dah tak ada sejak aku kena hentak. Tapi sebab kita semua pendosa, aku bagi je peluang. Aku pun tak baik sangat, tak sempurna mana, tapi kesungguhan kita untuk baiki. Aku bagi dia datang bermalam dengan anak. Tapi sama je. Dan semua perbincangan, dia nak menang. So, sejak ini betul betul aku tutup peluang dan teruskan dengan jalan aku. Aku terkesan dengan soalan ni, "sekiranya awak beri peluang pada si suami ni, berbaik semula, dan setelah berbaik, keadaan serupa berlaku. berulang kali berlaku. Dan setiap kali tu minta maaf dan berlaku lagi, boleh awak bertahan? Sanggup? Dengan keluarganya begitu, adik bradiknya begitu dengan awak, sanggup atau mampu tak awak bertahan? Tanya diri awak. Tak sanggup, jalan terus. Hidup ni tak kekal, dunia ni ujian. Apa orang cakap biar, mereka bukan awak dan tak akan lalui perkara tu sama dengan awak. Masing masing ada bahagian masing masing. Istikharah, fikir, buat keputusan". Lepas pisah, rasa macam bebanan berat tu hilang. Bahagia dengan anak anak. 10% stress menurun. Banyak tu. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment