Subhanallah walhamdulillah wa laa ilaaha illallah. Allaahu Akbar. Walaa hawla walaa quwwata illaa billaahil'aliyyil 'adzimm.
17/4/18
Perut pinggang tak sedap. Lepas hantar anak ke sekolah, anak kedua ke pengasuh, terus ke klinik. Doktor suruh upt makmal, positif. Doktor tulis surat light duty, kali ni, doktor pesan banyak kali, banyak banyak kali sampai jadi pelik, ape teruk sangat ke kes aku ni huhu. Doktor pesan, tak boleh langsung berdiri lama, tak boleh berjalan kaki tempoh lama, banyakkan bed rest. Kalau kena berdiri lama, pastikan selang masa dekat, duduk. No pistol, no radiation, no angkat barang berat sekalipun dukung anak, tak boleh. Hmmm. Boringnya huhu
19/4/18
Gatal jalan kaki dari tempat kerja ke stadium dan berjalan jalan la kat PNB booth, perut tak sedap abaikan jalan je happy happy dengan kawan kerja waktu tengahari rehat tu. Pinggang da sakit jalan jugak. Sampai dekat sejam balik pejabat jalan kaki jugak.
20/4/18
Gatal lagi pergi dengan family kat PNB stadium saje nak buat anak anak happy malam ni. Kali ni lagi lama sikit berjalan. Huhu. Tu belum kira hari hari dukung anak anta rumah pengasuh. Bawak kereta manual dari rumah anto anak anak g keje. Belum kira basuh baju angkat botol sabun 4 kg tu huhu.
21/4/18
Dan maghrib da keluar cecair warna coklat cair sikit sangat. Hati dah tak sedap. Tapi takpe tunggu esok. Pad takde, letak sapu tangan siap siap kat panty huhu
22/4/18
So jam 3 pagi tengah tido, terasa macam ada cecair panas kluar. Pegi toilet tengok stompok darah fresh kt sapu tangan tu. Buang air kecik ada lagi kluar darah sikit. Terus kejut suami. Maka pergi la ke spital anak branak. Doktor sampai kena bebel kene marah itu ini mana buku, mana tau pregnant, mana bukti dari klinik kata upt positif, macam macam la huhu.. Dalam hati ni faham sangat kenapa doktor macamtu, mesti ada kes sebelum tu, so tarik nafas panjang panjang, jawab je soalan doktor elok elok. Bagi je kerjasama elok elok pada doktor. Apa doktor mintak, bagi. Prosedur speculum. Bagi kerjasama sebaiknya. Pastu brapa kali ntah mntak maaf dgn nurse n doktor sebab menyusahkan mereka pepagi tu. Doktor tu jawab sinis, alah takde beza pun puan datang bila bila pun. Sama je. Takpe, sabar. Lagipun, dalam keadaan emosi dia mcmtu, dia professional. Sepanjang kene korek korek bawah tu, xde rase sakit. Ikut je ape die suruh. Selesai, tunggu. Sampai je doktor pakar yg atas sikit dari doktor tadi, doktor tu TVS scan. Setiap kali tvs scan gerak, stiap kali tu darah fresh keluar. Banyak plak tu. Empty uterus. Doktor tu cakap pada doktor memula tadi "i amanahkan u jaga patient ni. Admit for beta hcg". Doktor tu cakap memang kena masuk wad sebab darah banyak. Lagipun rumah jauh. Follow jelah kali ni nak Taknak dengar cakap doktor. Jam 8 pagi masuk wad. Sepanjang tu senak ari ari, sakit pinggang, letih, darah banyak lagi. Takdela sampai melimpah sebab tukar pad , n buang air pun da memang keluar darah banyak kan. Petang tu kputusan hcg n tvs scan. Hcg darah bacaan hanya 12.5 . Hati ni da terdetik gugurlah ni. Tapi doktor cakap belum tau ape ape. Khamis upt kat pakar 5. Boleh balik. Yeay. Lega takyah tidur wad. Pinggang perut ari ari sakit macam senggugut tapi tahan, masih boleh duduk diri jalan. Doktor tanya sakit tak, jawab tak je huhu. Mc lima hari.
Balik rumah dari dalam kereta nak keluar hospital tu sakit sangat tahan je. Bawak ke rumah sakit. Sampai letih tahan sakit. Petang tu tido bawak ke malam. Memang sakit n letih.
23/4/18
Subuh ni buang air, keluar macam tisu isu macam benda tu lah kan. Smalam masa buang air macam daging seketul kecik. Arini mcm keluar mungkinla sebab dia pun kecik lagi. So rasanya da complete. Tapi still senak je kat ari ari. So takpe tahan je. Tak lama dah khamis. Huhu. Rasa da sekian dah ni da betullah. Tapi entah pakar ni bg harapan, tentula ada sisa harapan walaupun 20-80% rasa dah ke arah tu huhu.
Terima kasih warga sahabat tempat tugas sudi datang melawat. Lots of love. Terima kasih bos dan wife bos huuhu



