Wednesday, 27 December 2017

KRONOLOGI MENGANDUNG KE TAK?






21-22 DISEMBER 2017
TIBA-TIBA SUAMI DEMAM PANAS. SAMPAI HILANG SELERA MAKAN. MASALAHNYA AKU YANG MEMBUAK BUAK SELERA MAKAN. PADAHAL NAK KURUS TU. PADAHAL NAK PANGGIL ORANG URUT TAPI TANGGUH DULU LA SEBAB KEADAAN TAK MENGIZINKAN. 23/12/17 SUAMI PULIH BUKAN SEPENUHNYA LA SEBAB SAMPAI KE SUDAH TAKDE SELERA MAKAN. HAIRAN LANGSUNG TAK MAKAN PAGI TENGAHARI PETANG MALAM. JAMAH JAMAH BUAT RASA RASA JE.



24 - 26 DISEMBER 2017
TIBA TIBA, MEMANG MEMBUAK BUAK SELERA MAKAN. ASEK LAPAR JE. SAMPAIKAN PEGAWAI AKU TERMAKAN AYAM GORENG AKU, AKU NANGIS TERESAK ESAK. MEMANG SEDIH GILA, NANGIS TERUK SAMPAI MEMBER PUJUK. MASA TU TAK PELIK LAGI. LEPAS TU SENSITIF GILA YA AMAT. SEMUA GURAUAN ORANG, AKU INGAT SERIUS. AKU RASA MACAM KENA KECAM TERUK SAMPAI AKU RASA ORANG TAK SUKA AKU PADAHAL HARI HARI BIASA MEMANG KITORANG GURAU KASAR MACAMTU. SEBENARNYA, SEPATUTNYA PERIOD 24/12/17 TAPI SEBAB DA TERBIASA PERIOD TAK TERATUR SO MALAS NAK PK. TAPI NALURI NI RASA MACAM EMMMMM..


TIBALAH HARI  NI 27/12/17, TAK FIKIR PANJANG. KEBANYAKANNYA TERDORONG OLEH NALURI YANG KUAT JE. PERGI BELI UPT SENYAP SENYAP. DIP N TELL. MASA NI KALAU NAK IKUTKAN BARU 4 HARI LEWAT PERIOD. PADAHAL SEBELUM NI MASA MENYUSUKAN LUTH SAMPAI SEBULAN TAK PERIOD. TAK HERAN PUN. KALI NI PERASAAN TU LAIN. SAMA MACAM MASA NGANDUNG LUTH DULU. SAMPAI OFIS PETANG TU SAJE JE TEST KT TOILET OFIS. TENGOK SATU LINE. FUH LEGA. SEBAB FIKIR EKONOMI SEKARANG, HUTANG NAK BAYAR LAGI, BIL BIL LAGI, RUMAH LAGI KERETA LAGI. SORANG JE BAYAR SEMUA. TAKPE TAKDE RUNGUTAN SELAGI SUAMI LAYAN AKU DAN ANAK ANAK BAIK BAIK. MUDAH MUDAHAN ALLAH KURNIAKAN AKU HATI YANG IKHLAS. TIBA TIBA NAK BUANG TU, TENGOK MACAM ADA DUA LINE PULAK. FAINT LINE. NASIB BAIK BELI DIP N TELL DUA KOTAK. SATU KOTAK BOLE TEST DUA. BELI YANG MURAH JUGAK TIGA KOTAK. SAJE STANDBY. 

Image result for dip n tell pregnancy test
IHSAN GOOGLE OKE SEBIJI MACAM NI MASA BALIK N TEST MAGHRIB TU
KAT OFFICE PETANG TU LAGI BLUR DARI YANG NI




NI PUN IHSAN GOOGLE HAHA EDIT SEBAB SEMUA NI UPT YG SAYA GUNA 
DALAM INI CERITA DAN RESULT PUN SAMA MACAM KAT ATAS

BALIK RUMAH, TEST LAGI NAK DEKAT MAGHRIB TU, MEMANG NAIK DUA LINE. MALAM TU TEST LAGI. SOK PAGI TEST LAGI. ENTAH, ABESKAN TERUS JE SEMUA TEST TU. SEMUA NAIK DUA LINE. MINUM AIR BANYAK BANYAK PUN NAIK JUGAK DUA LINE KABUR. PREGNANT KE? BLIGHTED OVUM? MOLAR PREGNANCY? ENTAH. BLURR

Saturday, 25 November 2017

LIST TUGAS AKU

Image result for workaholic cartoon

Reten Trafik A (hantar setiap 2hb pagi)
- pecahan kemalangan ikut jenis jalan
- pecahan kemalangan ikut kecederaan pemandu/penunggang/penumpang/pejalan kaki)
- klasifikasi repot dan pecahan kemalangan
- jumlah repot semua jenis kemalangan, repot pertama, repot bersangkut, no repot pertama no repot terakhir
- saman (minta cops update)

Reten majlis satu daerah pecahkan dua zon (setiap 6 / 8 hb)
- jumlah kemalangan ikut pecahan satu daerah pecahkan dua zon
- jumlah kemalangan ikut jenis jalan pecahkan dua zon untuk jalan : 
  (highway, persekutuan, ekspress, jalan negeri, jalan bandaran, lain2 jalan)
- jumlah kemalangan ikut jenis kenderaan pecahkan dua zon jugak
- jumlah saman pecahkan dua zon

Reten mingguan (bila bila dikehendaki terus  buat dan hantar, print untuk rujukan meeting)
- kemalangan, saman, kertas siasatan, waran, operasi, butir mangsa maut, tangkapan ops trafik 

Reten bulanan (hantar setiap 8hb)
- kemalangan, saman, kst, waran, operasi, butir mangsa maut, tangkapan ops trafik

Reten bulanan iso manual & key in smpk (sebelum 10hb)
Reten 3 bulan iso 4 kali setahun
Minit mesyuarat iso 4 kali setahun

Kumpul (41x2 = 82) maklumat setiap bulan, buat memo, despatch ke ipd (sblm masuk bulan depan)

Promote vsp kat 15 orang awam, ambil butiran mereka seperti nama, alamat, no ic awam, no ahli vsp, key in dalam reten, hantar (sblm 25hb)

Minta orang awam isi 10 / > borang kepuasan pelanggan , despatch ke ipd (sblm bln dpn)

Reten audit cegah jenayah (standby tarikh meeting, dpt smboyan trus buat)

Laporan data KPI (hantar ke IPK 3hb)

- Jawab/buat setiap surat jawapan/permohonan/ITP dan sebagainya
- Jawab semboyan reten/kursus/tugas luar dan sebagainya

- Despatch fail fail dokumen dari ipd ke sini, sini ke ipd (sekarang jarang dah, xsempat)

- Brief dekat bos segala semboyan, fail, permohonan bantuan, apa apa info, apa-apa yang bos mintak, cari       maklumat ke apa ke, jawab dengan segera

- E-SKDD HRMIS dari SKDD 1-4
- Semak SKDD manual dan kemaskini untuk semua peg anggota dan awam
(SKDD yang tak update, hrmis yang tak update, kalau nak segera terpaksa la buat ape adenye. 

Ini semua pulun kat ofis. 7.30 smpai ofis fitik ofis sndiri, ofis bos, kaki lima. (takda orang tau ni dan kalau boleh taknak pun orang tau)

Siap kerja tu, terus buat kerja ofis. Hari hari kerja tak benti. Jumaat datang lagi pagi sampai tengahari kerja. Orang tak tau. (Ala yang datang jumaat ni bukan la tiap tiap jumaat huhu). Semua reten dekat dekat tarikh. Untuk cari isi reten kena bukak 3-4 sistem. Kena bijak multitask.

Balik kerja dah lewat. Ambil anak anak dulu kat taska lain, kat rumah pengasuh lain. Selalunya 45 minit - 1 jam sampai rumah sebab otw amek anak banyak kenderaan. otw balik banyak kenderaan. Jarak bandar ke rumah dalam 23 km. Belum anak anak meragam dalam kereta. Sampai rumah mesti lebih jam 6 petang. Kadang dekat maghrib baru sampai. Settle anak anak pulak. Yang sulong kerja skolah lagi. Esok pepagi da bangun. 6.30 pagi da keluar rumah. Kadang 6.15 pagi da keluar.

Adakah ini yang dinamakan workaholic? Belum sampai tahap workaholic rasenye. Entoh sebab pernah nampak yang lagi teruk dari ni huhu

Friday, 10 November 2017

Penyusuan Baby Luth

Sedih sebenarnya. Ujian Allah. Da lebih sebulan payudara ni sakit bernanah. Dah pergi klinik dapat ubat makan, tahan sakit. Antibiotik.. Semua da habis. Ubat sapu da habis..nak pergi klinik lagi tapi masa tu terhad. Anak dah tukar susu Lactogen n Lactokid. Dutch lady memang dia taknak. Alhamdulillah membantu sangat. Susu badan perah bila sempat bagi. Skali perah ada jugak 4 oz. Boleh terus bagi. Anak saya ni sangat kuat menyusu badan. Segala jenis susu tepung yg sy try, semua tak jalan. Dutch lady, dugro, anmum, S2 ape ntah. Akhirnya, ada jugak nurse ni bagitau anak dia sama dengan anak saya. Kecik kurus. Makan kuat, susu badan kuat, tapi tak mau campur. Dia lah yg suruh try Lactogen macam anak dia. Baru la anak sambung campur menyusu badan dan tepung. Terpaksa sebab kekangan tugas. Kebetulan payudara plak problem.




Botol susu pulak beli botol MAM tapi puting susu puting PIGEON. Dia tak suka puting MAM haha.  Kenape botol MAM? Sebab botol dia bole bukak blakang ngan depan. Senang cuci. Dan banyak susu dia minum. Dulu dia guna botol COMOTOMO tapi puting susu tu slalu abes stock kat kedai berhampiran tempat kerja. Kalau kawasan perumahan lagi la takde huhu. Alhamdulillah. Setiap ujian yang Allah beri, ada pulak kesulitan lain yang DIA permudahkan.







Thursday, 13 July 2017

Aku Dah Tak Kisah Lagi

Awal awal kahwin, aku takkan lupa aku kena belasah teruk, suami dah tarik rambut, da gigit sampai bunyi rahang dia, da tumbuk, da rentap tangan, aku lari naik katil, dia tarik rambut, lompat lompat atas badan .. Entahlah. Banyak kali dah kena. Tak pernah cerita. Tak tahan, lari dari rumah. Banyak kali. Mengandung pun kena. Sejak tu, tawar hati. Simpan niat  nak naik kalau dapat, kalau dapatla, cuma nak lawat mertua je. Takde sebab lain dah sebab da tau lame dah yang ipar tak suka dengan aku. Entahlah  orang kalau dah tak suka, kita buat ape pun orang tak berkenan ye dak. Diorang bukan tau, rumahtangga ni, bil bil, sewa rumah sblm ni, kereta smua aku yg bayar. Sekarang da beli rumah  aku jugak yg bayar. Kak ipar pinjam duit tak pulang, orang halalkan. Diorang tak tau. Tak ape, aku maaf kan. Bukti semua ada, buat apa nak tipu. Ape ape yg aku beli kat rumah, hutang ke ape ke semua aku yg bayar. Sebab gaji suami kecik jadi aku suruh suami fokus dekat mak dan ayah dia je. Dua hari lepas, aku belikan mesin basuh dan blender dekat mak mertua. Sedihla. Da la susah nak cuti. Dapat balik sekejap tengok mesin basuh da rosak. Rumah tu ada biras  ada kak ipar mak ayah adik ipar. Mak kata brapa kali dah baiki beratus habis. Baju smua anta dobi. Ya Allah. Takpelah mak. Org pun susah mak  tapi tak boleh tengok mak susah. Kita sama sama susah tak apa lah mak. Cukup mak doakan org murah rezeki, mudah urusan lebih lebih lg urusan bayar hutang, cukuplah. Org suka tengok mak, ayah senyum  ketawa tu pun cukup dah. Biras, sy sayang biras oke  sayang sangat  .. Terima kasih layan saya baik baik. 

Wednesday, 24 May 2017

BILA MALAS NAK CAKAP BANYAK


PAGI NI, KAWAN ADA MASALAH, PUJUK LA BAWAK PERGI SARAPAN BAWAK KAWAN LAIN SEKALI. BELANJA SARAPAN. KEMUDIAN PERGI KE IBU PEJABAT, URUSAN PEJABAT (DESPATCH). SINGGAH STOR AMBIL BARANG BARANG PEJABAT DAN RAKAN SETUGAS. HAL BAWAK KAWAN PERGI SARAPAN BELANJA MAKAN SEMUA TAKDE HAL. TAKDE SIMPAN DALAM HATI. CUMA ADA SEDIH SIKIT, BILA KAWAN TENGOK JE KITA LARI ULANG ALIK DARI STOR KE KERETA, ANGKAT LARI ULANG ALIK MASUK BONET (5) KOTAK A4 (SEKOTAK BERAT 80 GRAM) NGAN BARANG BARANG LAIN. SAMPAI PEJABAT, TIBA TIBA RASA SENAK BETUL BAWAH PERUT . RASA MACAM TAK SANGKA JE KAWAN TENGOK JE KITA MACAMTU. BUDAK STOR PUN CAKAP, YANG DALAM KETA TU, TENGOK JE KE? KENAPA TAK TOLONG? SAYA JAWAB, KAWAN KAWAN TU PUN TAK SIHAT SANGAT 






Sunday, 21 May 2017

MAKIN CERDIK

Baby Luth, gigi da enam batang. dua batang bawah tumbuh masa umur 6 bulan. Demam lebih seminggu masa tu. Ni demam muntah muntah, pastu tumbuh dua gigi atas. Lepastu demam lagi, tumbuh lagi dua atas. Jadilah enam batang. Mula umur dia 7 bulan lebih, kalau solat, dukung dia sekali. Harini nak jadi cerita, nak g kerja, dari subuh dia trbangun nak nenen. Nenenkan, sampai da jam 6.30, xsolat subuh lagi, nak buang air besar lagi, terpaksa la cabut, membuang dulu. Tawakkal je mcm cecepat terus cuci, keluar toilet dia da sampai pintu kelambu atas katil sambil melalak. Memang dia camtu, macam ibu dia tak datang datang lagi kat dia padahal jarak dekat je huhu. Nak amek wudhu, dia uk uk. Tunggu abes uk uk, nak cuci, air takde, g bilik air dapur, cucikan najis dia terus amek wudhu, dia masih melalak lalak oke  (daripada marah ibu dia cabut nenen membawak ke merajuk), cecepat pakai telekung solat subuh dukung dia sekali, sambil la dia melalak lalak sebab solat kan tak dapat panggil tak dapat pujuk "sayang... Luth..." Sampai tahiyat akhir, letak atas sejadah, sambil baca tahiyat akhir dia melalak, laju je dia merangkak ke pintu bilik merangkak keluar sambil tercari cari. Selesai bagi salam, terus panggil "saaayaangggggg.. luthhhhh. die terdiam terus toleh mcm tekejut, pastu tentang mata, panggil lagi dengan nada memujuk "saaayangg... luthh... nak takkk" terus merangkak laju kat ibu dia ni. macam berlari. haihhh adikkk adikkk.. Manja sangattttt adik ni tau takkk... cerdikkkkkk..  tak dapat amek video masa dia merangkak keluar merajuk bebel bebel sambil melalak lalak sebab tengah baca tahiyat akhir. tak dapat jugak amek video masa dia merangkak laju nak sampai ke ibu hihihih. sweet sangat ❤❤❤


Thursday, 18 May 2017

Fikir sebelum cakap

Sampai hari ni aku rase trsinggung hati. Betul betul hati aku ni rase sedih gila. Banyak hari jugak aku pujuk, tapi tak jalan. Aku paling tak suka orang banding bandingkan anak anak aku dengan anak orang lain. Padahal, semua side negatif, aku akan positifkan walaupun kena tikam belakang ke, orang mengata ke, aku suka terbalikkan benda tu jadi sebaliknya. Contoh, aku kerja macam orang gila, pulun abes bila waktu kerja, tiba tiba kawan yang kita back up, tolong selama ni  pergi  ngadu sana sini cakap, aku kerja senang. Padahal, kita susah takda yang tolong ,tak siapa sanggup ganti cuti kita, sanggup ambil alih tugas kita. Sebaliknya, kerja orang kita boleh tolong jawabkan. Tapi tak ape, tak bermusuh, kita tolak tepi. Tapi bila orang mula bandingkan anak anak kita dengan anak orang lain, memang hati sedih gila. Sebab baby tak gemuk macam baby lain. Selama baby jumpa family sebelah aku, satu pkataan pun xpenah aku dengar pasal gemuk kurus. Nurse doktor puji lagi ade la. Puji perkembangan baby sangat bagus. Gigi tumbuh awal, merangkak awal, duduk awal, tulang kuat. Stiap kali aku cakap aku risau berat anak tak naik, anak tak gemuk walaupun banyak makan, nurse akan gelak, senyum, tanya "kenapa nak anak gemuk? Anak awak cepat, sihat, aktif, cergas. Gemuk tak semestinya sihat. Memang orang kita ni suka baby gemuk gemuk montok comel, tapi kalau tak sihat, lambat pertumbuhan pun tak guna jugak. " ini nurse baby yg cakap. Aku terubat sikitla bila nurse ckp mcmtu. "Anak anak ni semua tak sama. Ada orang susu badan anak dia, bila anak dia tak gemuk, sanggup si ibu stopkan susu badan dan campur dengan susu formula. Sebab nak anak gemuk..kesian anak tu. Sumbat sumbat makan, bila besar, obesiti, lepastu susah nak kurus balik, bila skolah, lari sukan, semput, jadi jangan pedulikan apa orang cakap. Anak kita, kita yang tentukan, ada tempat untuk rujuk. Khidmat nasihat dari yang pakar atau orang dalam bidang ni. Biasalah orang dulu dulu. Tapi tak semua orang dulu dulu macamtu. " nurse cakap lagi. Alhamdulillah. Dari penang sampai ke kl sampai ke bt pahat ni, smua nurse dan doktor yg sy jmpa semua baik baik 😍 Aku tak marah sebenarnya. Ape lagi kalau yang buat macamni kat aku dalam kalangan keluarga. Aku sedih. Aku susah  ada yang ambil tahu ke? Orang tengok aku senang, gembira. Orang tak tau ape dalam hati aku. Banyak benda aku tanggung sorang sorang. Aku sayang semua. Tapi benda benda macamni buat aku down gila. Orang tak tau life aku macamana. Sekali sekala jumpa, apa salahnya bina hubungan yang baik baik. Aku tak pernah cakap anak orang begitu begini, aku tak pernah sibuk cakap hal orang. Aku tak kacau orang. Aku tak pernah sebut anak orang berkudis ke berhingus ke. Anak orang ni kurus nampak tulang, aku tak pernah sebut pun. Tapi bila benda tu kt aku, ade je yang tak kena. Kalau tak suka, aku tak muncul dah lepasni. Jangan risau. Macamanapun aku tetap sayang dan doa baik baik je. Bukan salah baby kalau keluarga ibu dia mmg baka kecik kecik. Spupu baby smua  kurus kurus kan baby. Da besar, jadi orang jugak, kerja pun alhamdulillah.  Jadi, aku malas nak cakap banyak lagi.🙏

Pampers Genki

Aku tak pernah tau pun pasal pampers ni. Suami yang bagitau..itupun tengok wow bersama Genki baru la tau. Ingatkan cite ape. Rupenye pampers tu. Tengok cite tu sebab suka kekanak tu je haha. So, suami pun cakap yang dia macam rase nak cuba sebelum saye bersalin lagi..terdengar kat radio kate die. Last last masa umur baby 8 bulan tu, ade pegi IPK Johor, balik tu suami ajak singgah Expo Kekanak kat Danga Mall. Disitulah terbeli pampers Genki. Memula pakai oke. Cuma saya tetap suka yang sticker tepi tu. Sebab bila anak buang air besar, kita bole lipat dan tampal. Tapi baru tiga minggu pakai, baby kena ruam. Kesiannya. Selama ni pakai mamy poko elok, drypers elok dan paling elok sekali pampers Dry Pro. Jimat, kemas, memang baby selesa. Kencing sepanjang malam pun memang kering dalam luar . Pampers genki ni berak je da tembus .   Bukan tembus kat celah celah. Tembus kat pampers tu. Walaupun beral tak banyak huhu. Pastu baru je berak, kadang tunggu kejap sebab dia akan sambung berak selang beberapa minit tu, terus naik ruam..maaf la Genki. Mungkin sesuai dengan baby lain bukan anak saya. So tak salahkan Genki ok. Ada budak lain pakai oke kot. Pampers mamy poko memang ok, drypers wee wee dry baby pakai dari baby sampai 5 bulan xsilap, tukar dry pro. Rupenye dry pro memang bagus. Murah pun murah. So, nak jual la pampers Genki. Beli jumbo la katekan. Padan muka. 😂